• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bakar Quran Di Tokong Dirujuk Ke Wad Mental

oleh AK-47
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam heboh perihal penemuan keratan al-quran yang terbakar di tokong berdekatan Pasar Besar, Alor Setar.

Penemuan ini mengejutkan banyak pihak hingga ada menjangkakan perbuatan keji tersebut berkait rapat dengan aktiviti puja nombor ekor.

BACA : Keratan Quran Terbakar Di Tokong..Kerja Kaki Puja Nombor?

Bagaimanapun, susulan kes itu, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat.

IMG-20141120-WA0041

Perkara ini disahkan Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof.

Menurut laporan Astro AWANI, lelaki tersebut ditahan lewat petang semalam berdekatan sebuah pasar raya di Mergong, Alor Setar.

Menurut Zakaria, suspek masih belum diketahui maklumat dirinya dan kini dirujuk dan dipantau di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan kesihatan kerana dipercayai kurang siuman.

Pada masa sama, pihak polis giat meneruskan siasatan dan menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

Zakaria memberitahu tiada tangkapan terbaharu dibuat dan menyeru orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298a(1)(b) kanun keseksaan kerana mengundang ancaman kepada agama dan perkauman.

Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

Tags: Al-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd