• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pantau Perairan Negara Tidak Terjejas

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi pemantauan udara di perairan negara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan terjejas susulan penggantungan operasi tiga pesawat Beechcraft B-200T.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain menggunakan pesawat itu, Malaysia turut bekerjasama rapat dengan beberapa negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China selain Filipina dan Indonesia dalam memantau perairan negara dari udara.

“Dalam memantau perkara ini (perairan), kita kena fikir luar kotak, dengan Beechcraft B-200T kita tak boleh saingi P-8 Poseidon dan Lockheed P–3 Orion milik Amerika Syarikat, Indonesia dan China, tapi melalui hubungan kita dengan kuasa besar itu sekurang-kurangnya kita dapat maklumat berhubung kait dengan Laut China Selatan, isu keselamatan di Laut Sulu.

“Kalau kita dapat kerjasama rapat dengan kuasa besar, dengan negara jiran di ASEAN melalui trilateral yang ada antara Malaysia, Indonesia dan Filipina tidak bermakna tak ada satu daripada empat Beechcraft (pesawat) maklumat tak datang kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata atas dasar hubungan yang erat dan saling menghormati antara satu sama lain negara terbabit sanggup berkongsi maklumat risikan.

Susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth semalam, TUDM mengarahkan tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM berpangkalan di Subang digantung operasi hingga suatu tempoh.

Nahas pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth pukul 5.18 petang semalam mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Mejar C. Kayamboo, 44 tahun, manakala tiga lagi cedera iaitu Kaptan Wai Lik, 26, Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29 dan Lt Hamid Hanafi, 26. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd