• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Gesa Nelayan Esszone Pasang Sistem Ais, Radio

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sekali lagi mengulangi gesaan agar nelayan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan radio VHF 16 untuk keselamatan golongan itu.

Ketua Staf Pusat Operasi Esscom, BrigadierJeneral Datuk Md. Rahim Mohamad berkata pemasangan AIS dan radio operasi itu juga akan memudahkan usaha pemantauan oleh pasukan keselamatan terhadap bot nelayan selain memudahkan nelayan berhubung sekiranya berlaku kecemasan.

“Para nelayan hendaklah terlebih dahulu mementingkan keselamatan mereka setiap kali turun ke laut, sebab itu pemasangan AIS dan radio VHF 16 adalah diwajibkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, Esscom termasuk Jabatan Perikanan telah mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Nelayan Kawasan Lahad Datu yang bertujuan menerangkan kepada pemilik dan juragan bot pukat jerut dan pukat tunda berkenaan kepentingan dan fungsi pemasangan AIS dan radio VHF 16.

“Kebanyakan jurangan bot tidak mengetahui AIS dan radio komunikasi ini penting untuk menjamin keselamatan mereka (nelayan) memandangkan ancaman masih berterusan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mewajibkan golongan nelayan membuat ujian komunikasi radio dengan Pusat Operasi Esscom melalui radio VHF 16 sewaktu berada di laut.

“Bot-bot nelayan pukat jerut dan pukat tunda diwajibkan melapor kepada Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 sehari sebelum ke laut dan ketika bergerak ke laut,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd