• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Dis Sebutan Semula Kes 4 Individu Bogel

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di sini bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas peguam L. Raj yang hadir mewakili peguam tertuduh, memohon tarikh lain bagi sebutan kes terbabit kerana pihak pembelaan mahu mengemukakan representasi tersebut.

Pada 28 Ogos lalu, tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57; Chan Chia Wen, 27; dan Teh Guan  Hoon, 37; serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38; mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di Pantai Teluk Kampi antara 3 dan 6 petang, 30 Mei lepas.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama enam lagi individu lain iaitu Loh Kok Hong, 41; Mu Wai Peng, 34; Justin Ang Ji Keng, 24; Yam Kam Hoong, 54; Lionel Loo Joo Heng, 52; dan R. Nanda Kumar, 40.

Bagaimanapun enam individu terbabit mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan.- BERNAMA

Tags: bogel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd