• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matinya Duta Rusia Di Turki: Itu Harga Untuk Aleppo

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI Amerika Syarikat (AS) yang kini dihantui tindak balas keganasan, Rusia turut melengkapkan tekanan dialami negara kuasa besar yang obses dengan misi mengawal politik dunia.

Rusia merintih sedih dengan kematian Duta Besar di Turki, Andrei Karlov. Kremlin menyifatkan, pembunuhan tersebut sebagai tindakan ganas yang sengaja mahu memusnahkan hubungan diplomatik antara Moscow dan Ankara.

Karlov mati ditembak bertubi-tubi oleh Mevlut Mert Aydintas, 22 tahun; di Ankara pada 20 Disember lalu. Pembunuhnya, dipercayai anggota polis Turki, selepas menembak mati Karlov, melaungkan peringatan mengenai kejadian di Aleppo, Syria.

Siapa saja akan sedar bahawa aksi pembunuhan itu berlaku secara logiknya adalah pembalasan refleksi sebagai tanda protes terhadap peranan jahat Rusia dalam operasi pengeboman udara di Aleppo pada 13 Disember lalu.

Rusia sejak 2012, secara terbuka memberikan bantuan ketenteraan pada Presiden Bashar Al-Assad dalam perang saudara yang telah mengorbankan lebih 31 ribu nyawa penduduk awam Syria.

Sekali pun dunia mengutuk pembunuhan itu, namun analisis punca kejadian tersebut mudah difahami: Pembunuh marah dengan sikap jahat Rusia di Aleppo dan ia perlu dibalas dengan tindakan keganasan bersifat jenayah.

Secara diplomatik, pembunuhan itu dianggap jenayah keganasan. Namun, secara psikologi ia jelas berpunca oleh dorongan membalas dendam.

Lebih 50 ribu penduduk Aleppo berdepan penderitaan sejak Rusia mengulangi perbuatan mengebom wilayah umat Islam sejak Moscow memilih menyokong rejim Bashar Al-Assad.

Malah, ia pasti bukan kejadian pertama dan terakhir. Perbuatan kejam Moscow pasti ada harga yang perlu dibayar. Hari ini, nyawa setiap individu berkait dengan kewarganegaraan Rusia pasti jadi buruan.

Rasa marah yang gagal dikawal, pasti mendorong perlakuan balasnya. Cuma tahapnya mengikut suhu dan peluang pembalasan yang diperolehi.

Demonstrasi awam, memo bantahan dan kritikan diplomatik antara harga stereotaip yang bakal dihadapi Moscow. Namun, dalam era keganasan tanpa had, sudah pasti idea ganas untuk membunuh warga Rusia menjadi idea asas kepada ekstrimis yang berdendam dengan kejahatan Moscow.

Kremlin boleh mengutuk perbuatan tersebut. Tetapi bukahkah ia tindak balas yang sudah dijangka?

Pasti wujud kemarahan apabila 50 penduduk Aleppo menjadi korban setiap hari akibat perbuatan Rusia dan rejim Bashar di Aleppo sejak 13 Disember lalu.

Angka krisis kemanusiaan pula melebihi 50 ribu orang.

Percayalah! Perbuatan Rusia di Aleppo kini hanya menjadikan warga dan asetnya di seluruh dunia sebagai hot spot atau panas.

Moscow tidak perlu berpura-pura sedih atau marah. Anda telah mencipta segala bencana, dan kini perlu membayar harganya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AleppodutaRusiaTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd