• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Sokong Daesh

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang juruteknik pesawat dan juruteknik keselamatan pesawat daripada tuduhan menyokong kegiatan militan Daesh antara 2014 dan Mac lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin yang mengendalikan pendakwaan.

Saiful Bahari Ahmad, 49, yang merupakan juruteknik pesawat dilepaskan daripada tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu melalui laman Facebook yang didakwa dilakukan di No. 2, Skuadron VVIP, Pangkalan Udara Subang di sini, kira-kira pukul 7.33 malam, 12 Jun 2014.

Manakala Alfian Keram, 44, yang merupakan juruteknik keselamatan pesawat dilepaskan daripada tuduhan memberi sokongan melalui aplikasi Telegram dan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan bagi memasukkan wang untuk manfaat seorang pengganas, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 25 Mac hingga 31 Mac lepas di No C – 2 -05, Tingkat 2, Blok C, Pusat Bandar Subang Utama di sini.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana harta terbabit.

Bagaimanapun, sejurus prosiding berakhir, pihak Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan semula mereka yang mana Saiful ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Alfian pula ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Permohonan bagi penahanan kedua-dua mereka mengikut POCA dan POTA akan dibuat esok. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd