• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 2 Tahun, Lokasi Carian MH370 Mungkin Salah: Pakar

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Selepas dua tahun,pakar yakin lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 selama ini salah dan mungkin lokasi pesawat itu berada di kawasan lebih jauh ke utara.

Analisis terkini oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyimpulkan bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mungkin berada dalam zon carian dan sebaliknya mungkin berada di kawasan lain yang jauh ke utara. Meskipun pasukan tersebut dijadualkan untuk menghabiskan pencarian sonar lautan dalam mereka beberapa minggu lagi,  kemungkinan melanjutkan carian di bahagian utara menimbulkan kesangsian, dengan Menteri Pengangkutan Australia menyatakan bahawa data yang diperoleh daripada analisi kurang lengkap untuk meneruskan pencarian ke kawasan baru.

Menteri Pengangkutan Australia Darren Chester berkata, pencarian tidak akan mungkin dilanjutkan lebih daripada tempoh misi pencarian dijadualkan berakhir, iaitu sekitar Januari atau Februari 2017, menamatkan pencarian bernilai $160 juta itu.

“Pemerintah Australia, Malaysia dan China, yang membiayai pencarian, sebelum ini telah sepakat untuk menangguhkan pencarian kecuali ada bukti yang munasabah berkenaan lokasi MH370,” kata Chester lagi.

Biro Keselamatan Transportasi Australia (ATSB) yang bertugas untuk mengkoordinasikan pencarian, mengadakan tinjauan dengan pasukan multinasional pada November lalu.

Daripada laporan terbaru, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kawasan yang menjadi fokus pencarian pesawat itu bukanlah lokasi sebenar penerbangan itu berakhir.

Kapal pencari MH370 telah menjelajahi kawasan laut seluas 120.000km persegi di Lautan Hindi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Liow Tiong Lai masih belum memberikan kata putus sama ada untuk meneruskan atau memberhentikan misi di kawasan carian baru.

“Kami masih berpegang kepada harapan terhadap bagaimana maklumat baru iini boleh digunakan untuk membantu kami mengenal pasti lokasi pesawat tersebut.”

Apabila ditanya mengenai carian, seorang jurucakap kementerian luar China tidak mengulas tentang peranan China dalam usaha carian itu setakat ini.

Menurut pakar oceonografi Australia, David Griffin, yang mengusahakan analisis bagaimana serpihan debris hanyut berkata beliau yakin pesawat itu berada di kawasan pencarian yang baru dikenal pasti itu.

Beliau juga menolak kemungkinan analisis terbaru itu menyimpulkan bahawa pencarian setakat ini adalah usaha yang sia-sia, dengan mengatakan bahawa zon carian semasa adalah berdasarkan data yang terbaik pada masa itu.

“Benar lokasi MH370 mungkin berada di lokasi pencarian yang telah ditetapkan buat masa ini, tetapi maklumat baru tersebut tidak menjelaskan serta-merta bahawa terdapat kemungkinan serpihan pesawat dapat ditemui di bahagian utara,” kata Griffin.

Sebagai sebahagian daripada analisis mereka, Griffin dan pasukannya membina replika sekeping serpihan pertama yang ditemui – serpihan sayap dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion di luar pantai Afrika pada Julai 2015. Pasukan itu kemudian membiarkan replika itu hanyut, mengukur kelajuan replika-replika itu bergerak dan mengenal pasti sama ada tiupan angin mempengaruhi kadar kelajuan objek-objek tersebut bergerak.

Mereka kemudiannya menggerakkan simulasi komputer kebarangkalian bagaimana bahagian pesawat itu hanyut, yang membantu memberi gambaran dari mana objek-objek itu berasal.

Zon carian yang baru dikenal pasti itu tidak merangkumi kawasan yang telah diterokai, tetapi para pasukan masih belum menerjah ke kawasan yang lebih luas untuk membuat keputusan yang muktamad, kata Griffin. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: AustraliaDatuk Seri Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd