• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Buka Laluan Cari Penyelesaian Isu Rohingya

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik keras kekejaman dilakukan terhadap etnik Rohingya telah membuka laluan kepada usaha mencari penyelesaian terhadap isu itu.

Musa berkata kerajaan Myanmar baru-baru ini telah mengundang menteri-menteri luar ASEAN untuk mengadakan dialog untuk membincangkan isu tersebut.

“Ini ialah satu pembukaan kecil, pembukaan yang amat kecil untuk dialog di dalam konsep ASEAN.

“Kalau dulu berdasarkan prinsip tiada campur tangan, ASEAN tidak akan sentuh langsung (mengenai isu dalaman negara lain), tetapi kini nampaknya kerajaan Myanmar menjemput untuk berbincang dengan negara ASEAN,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri forum ‘Frankly Speaking a Recension Tun Musa Hitam’ di Gombak dekat sini, hari ini.

Musa bagaimanapun tidak pasti bagaimana ASEAN dapat mengenal pasti penyelesaian berhubung isu itu yang disifatkannya sebagai rumit, namun beliau menekankan bahawa keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan.

Semalam, Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN berlangsung di Yangon dengan Datuk Seri Anifah Aman yang mewakili Malaysia mengemukakan beberapa cadangan, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan badan pakar bebas untuk menyiasat serta menentu sahkan situasi di Rakhine.

Forum ‘Frankly Speaking a Recension Tun Musa Hitam’ anjuran Pusat Media Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu diadakan bagi merungkai kandungan-kandungan di dalam buku ‘Frankly Speaking’ yang ditulis Musa, yang diterbitkan beberapa bulan lalu.

Forum itu dikendalikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang dengan penalis terdiri daripada Pengurus Kumpulan Editor NST, Datuk Abdul Jalil Hamid; Editor Kanan Sin Chew Daily, Tay Tian Yan dan Pensyarah Jabatan Sains Politik UIAM, Dr. Khairil Izamin Ahmad. – BERNAMA

Tags: MyanmarRohingyaTun Musa Hitam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menghantar pulang pelarian yang bersetuju secara sukarela dan telah menandatangani dokumen persetujuan untuk kembali ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd