• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Suspek Curi Motosikal Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai Geng Shah Penggeli yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Kota Tinggi pada 15 Disember.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata dengan tertangkapnya anggota geng itu beliau percaya polis berjaya menyelesaikan lapan kes curi motosikal sekitar Kota Tinggi, Kulai, Pasir Gudang, Bandar Tenggara, Bandar Penawar dan Layang-Layang.

Rahmat dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata dua suspek yang ditahan berusia 14 tahun dan masih bersekolah manakala seorang lagi berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah kilang sawit dekat sini.

“Suspek pertama ditangkap di Jalan Biru 1, Felda Penggeli Timur pada 11.15 malam Khamis yang mana suspek mengaku ada mencuri motosikal bersama dua rakannya.

“Lanjutan daripada itu, seorang lagi suspek ditahan keesokan hari di rumah kakitangan kilang sawit diikuti dengan tangkapan seorang lagi suspek di Jalan Impian 1/2, Taman Desa Impian, Bandar Tenggara,” katanya.

Polis kemudiannya menemukan lapan rangka motosikal pelbagai jenis yang dibuang di Sungai Linggiu dekat sini.

Rahmat berkata antaranya lima rangka motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Layang-Layang dan Kulai.

“Motosikal jenis Yamaha LC, Kawasaki RR dan Honda Wave pula dicuri di Kota Tinggi, Kulai dan Pasir Gudang,” katanya.

Kesemua suspek disambung reman sehingga 22 Disember ini. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikalpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd