• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Terbesar SPRM Di Sabah Selepas 49 Tahun

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, yang ditubuhkan 49 tahun lalu.

Kejayaan itu selaras dengan fokus utama Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad selepas mengambil alih teraju SPRM pada 1 Ogos lepas untuk membersihkan perkhidmatan awam.

Seorang pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan. Sementara siasatan dijalankan, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit, dengan dua orang penjamin.

Susulan itu, SPRM turut merampas geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama serta kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit daripada lebih 20 orang suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan.

Antara kes yang turt mendapat perhatian umum pada tahun ini ialah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemilik banglo yang dibelinya, Phang Li Koon, pada 29 Jun.

SPRM menyiasat Lim berhubung pembelian banglo itu dengan harga RM2.8 juta daripada Phang yang dikatakan di bawah harga pasaran RM4.27 juta.

Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglo berkenaan.

Pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam, dua daripadanya ‘Datuk’ dan seorang lagi ‘Datuk Seri’, ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad, serta ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 50-an dan akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta, dibekukan meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta dan RM6 juta setiap seorang.

Turut disita beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse, banglo dan kenderaan mewah, antaranya Maserati, BMW dan Audi. – BERNAMA

Tags: rasuah sabahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd