• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M & KJ.. Bila Dua Figura ‘Tak Sebulu’ Kongsi Pentas Sama

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan pihak sedia maklum mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memang ‘berlaga angin’ dalam banyak isu.

Malah, KJ sendiri pernah mengakui beliau merupakan ‘public enemy ‘ nombor satu Tun Mahathir!

Namun hari ini, Tun M dan KJ ditemukan atas satu pentas sama ketika majlis Pelancaran Logo dan Sidang Media Le Tour de Langkawi (LTdL) yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Walau banyak mata memerhati ternyata Tun M dan KJ tidak kekok bergandingan malah kelihatan mesra antara satu sama lain.

Malah dalam satu situasi, KJ selaku orang muda dilihat tunduk hormat terhadap Tun M ketika bersalaman.

blogger-image--1108165827 blogger-image--664876801 blogger-image-2066709667

Menyorot kembali sejarah ‘tak sekepala’ dua generasi pemimpin ini, mereka dilihat sering bercanggah pendirian dalam sesuatu isu.

Sebagai contoh, Tun Mahathir melalui laman blog peribadinya, Che Det pernah menegur menteri dalam kabinet yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa, sekaligus melanggar polisi pendidikan negara.

Tulis Tun, “Kemudian menteri, bertentangan polisi negara, mula hantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.”

Beliau mengulas senario tidak sihat itu mengakibatkan masyarakat biasa yang mendapatkan pendidikan di sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan golongan yang mahir menguasai Bahasa Inggeris.

Namun hujah Tun M ditepis KJ dengan menyatakan, ramai rakan sekabinetnya menghantar anak masing-masing ke sekolah kebangsaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Melalui satu kenyataan kepada media, KJ berkata beliau sendiri menghantar anaknya ke sekolah biasa dan bukan ke sekolah persendirian mahupun sekolah antarabangsa.

Tak lama sebelum itu, KJ pernah menyanggah pendapat Tun M bahawa UMNO perlu berubah agar pemimpinnya boleh dikritik.

Melalui laporan portal MalaysiaKini, KJ dilaporkan menyanggah pendapat ini dengan berkata, “Dalam UMNO, kita tidak pernah halang sesiapa untuk kritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, kita sentiasa beri pandangan kepada kepimpinan.”

Apabila disoal mengapa timbul isu keterbukaan dalam kritikan terhadap UMNO, KJ membalas, “Sudah pasti soalan itu patut ditujukan kepada Tun Mahathir.”

PAK LAH

Begitu pun ramai lebih senang menduga, situasi tiada sefahaman ini timbul kerana KJ merupakan menantu kepada PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikritik Tun M dahulu. Betul tak?

Bagaimanapun selepas peristiwa kongsi pentas hari ini, mungkinkah akan ada isu yang menyaksikan persamaan pendapat pemimpin dua generasi lepas ini? Kita nantikan.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: politikTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut politik di Negeri Sembilan memerlukan ruang untuk semua pihak...

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd