• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kukuh

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia masih menikmati pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mempunyai ekonomi yang teguh walaupun berada di dalam persekitaran global yang tidak menentu, kata seorang pegawai Bank Dunia, hari ini.

Pengarah Negara bagi Bank Dunia Asia Tenggara, Dr. Ulrich Zachau menyifatkan kekuatan ekonomi Malaysia terletak pada ‘asas yang kukuh’ dan dasar ekonomi dalam negara yang baik, serta polisi berterusan kerajaan untuk mengawal perbelanjaan bagi mengurangkan defisit bajet.

“Ekonomi Malaysia hari ini berkembang pada ramalan 4.2 peratus tahun ini dan meningkat sedikit tahun depan. Dalam konteks global, di mana pertumbuhan telah merosot dan ketidakpastian berlaku, ini bermakna bahawa ekonomi Malaysia akan terus menjadi teguh.

“Pada anda, 4.2 peratus mungkin bunyinya tidak berapa tinggi, tetapi dalam konteks global, dalam persekitaran ini, ia sebenarnya teguh, dan agak kukuh,” kata beliau dalam ucapan pembukaannya semasa pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-15 Bank Dunia bertajuk ‘Pencarian untuk Pertumbuhan Produktiviti’.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dijangka mencapai sasaran mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.1 peratus tahun ini dan dijangka mengurangkannya lagi kepada tiga peratus tahun depan.

Selain mempunyai dasar ekonomi yang menyokong pertumbuhan ekonomi kukuh berterusan bagi Malaysia, beliau berkata fleksibiliti berterusan kadar pertukaran ringgit membolehkan penyesuaian jika ketidaktentuan global terus berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bank duniaEkonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd