• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tatu Kongsi Gelap, Pemandu Lori Didenda RM4,500

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki tatu melambangkan kumpulan kongsi gelap di bahagian dada, seorang pemandu lori hari ini didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S.Kumaraselvam, 28, menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda.

Tertuduh mengaku bersalah meletakkan tatu angka 36 sebagai lambang kumpulan kongsi gelap ‘Geng 36’ di bahagian dadanya di pusat hiburan Celebrity’s, Hotel Renaissance, Corner Off Jalan Sultan Ismail di sini, pukul 12.30 malam, pada 7 Ogos lepas.

Kumaraselvam didakwa mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM15,000.

Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan anggota polis terhadap tertuduh di pusat hiburan itu, mendapati ada tatu lambang 36 pada bahagian dada, disyaki anggota kumpulan kongsi gelap Geng 36.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu denda minimum, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Tags: dendapemandu loriTatu 36
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd