• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

250 Anggota, Pegawai Polis Johor Dikenakan Tindakan Tatatertib

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAIJAYA – Sebanyak 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja dan 24 orang digantung kerja.

“Sebanyak 245 kertas siasatan tatatertib telah dibuka melibatkan sebanyak 290 orang terdiri daripada 24 pegawai kanan, 261 anggota lain-lain pangkat dan lima pegawai awam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata satu jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan pada Julai tahun ini bagi tujuan mempertingkat keberkesanan tindakan penyeliaan, penguatkuasaan, pemulihan dalam menangani salah laku disiplin dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam.

“Saya menyeru semua pegawai dan anggota supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika bertugas terutamanya menolak dan terus membenci rasuah,” katanya.

Pada majlis itu, 20 pegawai dan anggota yang menolak pemberian rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun lepas menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara yang disampaikan Mohd Mokhtar.

Beliau berkata kempen berkenaan amat bermanfaat kepada anggota polis dalam melaksanakan fokus utama Polis Diraja Malaysia sebagai landasan pembentukan perancangan strategik pasukan untuk memantapkan integriti serta pematuhan standard.

Justeru, beliau menyeru semua pegawai dan anggota agar bermuhasabah diri membenci dan menolak amalan rasuah. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd