• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kenal Pasti Bakat Sukan Disusun Semula

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan hari ini bersetuju untuk menyusun semula dan menambah baik Program Pengenalpastian Bakat (TID) bagi bidang sukan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencungkil bakat baharu atlet.

Perkara ini dipersetujui selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama dua jam di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata bakat atlet muda wajar digilap di peringkat awal untuk mengatasi kekurangan sekarang.

Ia berkata penekanan menyeluruh perlu diberikan untuk mengenal pasti bakat baharu melalui jalinan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi kerajaan supaya pengesanannya lebih sistematik.

“Program TID adalah kunci untuk menggerakkan proses kitaran yang lebih rancak dalam pembangunan sukan negara di samping akan meningkatkan minat serta budaya bersukan di peringkat akar umbi.

“Selain itu, Program Fit Malaysia yang akan dilancarkan juga dapat membantu memperluas bakat sukan untuk dikenal pasti oleh program TID bagi saringan,” katanya.

Dalam mesyuarat yang sama, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan juga memperakukan konsep  ‘Fit Malaysia’ sebagai gerakan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

Menurut kenyataan itu, gerakan tersebut akan melibatkan semua pihak meliputi kerjasama strategik daripada semua agensi kerajaan, pihak swasta, badan berkanun, persatuan sukan, badan bukan kerajaan, dan segenap lapisan masyarakat Malaysia melalui penjenamaan gerakan ‘Fit Malaysia’.

“Ia adalah satu pendekatan ke arah perubahan gaya hidup masyarakat Malaysia yang akan memberi inspirasi kepada setiap lapisan di peringkat akar umbi menerusi penganjuran bersama aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti seperti berjalan, berjoging, berlari, berbasikal, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan diri.

“Semua program ‘Fit Malaysia’ memenuhi lima teras iaitu memperluas bakat sukan atau ‘talent pool’, kesihatan, perpaduan, inklusif dan komuniti,” katanya.

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata pelancaran ‘Fit Malaysia’ akan dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini (7 Sept)dengan empat aktiviti utama iaitu larian, berbasikal, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan.

Ia berkata program peringkat negeri akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 14 Sept, Padang Awam Tanjung Lipat, Sabah (21 Sept) diikuti dengan Selangor, Negeri Sembilan, dan Sarawak (tarikh akan diumumkan dalam masa terdekat).

‘Fit Malaysia’ juga akan menggunakan media sosial secara menyeluruh. Saluran rasmi FitMalaysia di Facebook, Twitter, Instagram dan laman web ialah  www.fit.my.

Hadir sama pada mesyuarat hari ini termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.  – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd