• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti MRSM Terjaga Walau Syarat Masuk Dilonggarkan

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SRI JEMPOL – Kualiti kecemerlangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetap terjaga meskipun syarat minima kemasukan pelajar Tingkatan 1 dilonggarkan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya beliau percaya dengan kualiti guru-guru yang mengajar di MRSM, kecemerlangan yang sering diraih pelajar-pelajar berasrama penuh itu, akan dapat juga dirasai oleh pelajar luar bandar, terutamanya anak-anak orang miskin.

“Inilah peranan tenaga pengajar di MRSM, walaupun mereka (pelajar) masuk dengan kelayakan yang kurang, tetapi dengan keadaan lebih selesa dan kualiti guru, prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan.

“Mereka ini walaupun bijak tetapi mungkin kerana faktor persekitaran menyebabkan mereka tidak berjaya cemerlang seperti pelajar lain sebab itu kita nak buka peluang kepada mereka ini untuk dapatkan laluan khas masuk ke MRSM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah Sesi 2017, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Sharif dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.

Ismail Sabri berkata syarat minima kemasukan ke MRSM dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak orang miskin tegar dan luar bandar dapat belajar dengan selesa.

“Kalau dulu syarat minima adalah 5A dan 4A, kini syarat minima kemasukan bagi pelajar di Semenanjung ialah 3A 3B manakala bagi pelajar di Sabah dan Sarawak pula 3A 2B 1C.

“Bagi pelajar miskin tegar, yatim piatu, anak-anak ibu bapa orang kurang upaya dan Orang Asli, kita bagi laluan khas kemasukan ke MRSM, iaitu syarat minimanya lebih rendah daripada syarat yang saya sebutkan tadi,” katanya.

Sementara itu, seramai 1,256 pelajar sekolah di daerah ini, menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah, yang disumbangkan oleh Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol serta UMNO Bahagian Jempol dan ESPEK Sdn Bhd.

Selain bantuan persekolahan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut menyediakan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMRSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

26/06/2025
0

Besut: Seorang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah ini cedera di perut, rusuk dan belakang badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd