• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Teruskan Siasatan Kes Mohd Faiz

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan tetap meneruskan siasatan terhadap Mohd Faiz yang dilaporkan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerusi laman sosial Facebooknya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata walaupun Mohd Faiz telah memohon maaf, namun siasatan terhadapnya perlu dilakukan kerana dipercayai kata-kata tersebut berbaur fitnah.

“Kalau kita lihat di dada akhbar beliau telah memohon maaf, tetapi seperti biasa proses siasatan tetap akan dijalankan kerana perkara itu dah dibuat aduan dan kita akan siasat.

“Kenyataan yang dibuat seolah-olah berbaur fitnah dan sebagainya…proses siasatan akan dilakukan walaupun beliau mengambil tindakan memohon maaf dan sekarang ini proses siasatan masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (Chapu, Felda Mengkawang, Menerong dan Padang Tera) di Kampung Chapu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pengarah SKMM Wilayah Timur Md Rusli Ahmad.

Jailani berkata SKMM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu sekiranya didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

“Kita nak beritahu kepada masyarakat bahawa mereka seharusnya bertanggungjawab atas apa sahaja kelakuan yang mereka buat.

“Saya pasti apabila mereka melakukan sesuatu, mereka mungkin mempunyai niat sesuatu terutamanya apabila mereka mengeluarkan kenyataan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai fitnah peletakan jawatan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Anggota Parlimen Rembau yang menjadi viral, Jailani berkata ia mungkin dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mungkin ianya dilakukan pihak yang iri hati tentang perpaduan dan kejayaan UMNO…saya tidak tuduh mana-mana pihak tetapi saya harap ianya dapat dihentikan kerana lepas satu, satu fitnah berlaku.

“Saya juga telah minta SKMM untuk membantu dari segi siasatan dan teknikal, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati bersalah, kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: faizSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd