• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Diminta Kaji Semula Undang-Undang Lapuk

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta supaya mengkaji semula undang-undang lapuk bagi membolehkan hukuman lebih setimpal dikenakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian semula dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara itu perlu bagi menyediakan perundangan dan hukuman bersifat futuristik iaitu rasional bagi tempoh panjang untuk setiap kesalahan yang dilakukan.

“Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang KDN bersama-sama dengan Unit Penderafan di Jabatan Peguam Negara melihat semua perundangan sedia ada bukan sahaja melibatkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi perundangan membabitkan bidang-bidang tugas KDN supaya dikaji semula.

“Ini kerana ia bukan sahaja soal hukuman tetapi aspek-aspek yang tidak terkandung dalam perundangan sedia ada dan harus dilakukan berbentuk futuristik bagi enakmen, mesti disesuaikan dalam tempoh 30 atau 50 tahun akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan hukuman mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) perlu dikaji semula.

Mohamed Apandi merujuk kes seorang wanita didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana menulis perkataan ‘babi’ dalam saman trafik.

Katanya hukuman yang dijatuhi terhadap wanita itu adalah hukuman maksimum yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta 336.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata kerja-kerja membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak khusus untuk anak-anak anggota polis akan bermula Januari depan.

Katanya konsep ulul albab dalam pendidikan akan diterapkan dalam MRSM itu.

“Saya mahu masyarakat mengubah pandangan mereka yang menyatakan anak-anak polis tidak ada disiplin dari segi pendidikan, bermutu rendah dan tidak cemerlang dalam pendidikan.

“Beri peluang bagi membuktikan anak polis boleh cemerlang dalam bidang akademik dan agama. Ini komitmen saya. Bukan untuk pegawai dan anggota polis Teluk Intan sahaja tetapi di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: KDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd