• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tinjau Masalah Hakisan Di Pantai Nenasi

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Masalah hakisan di pantai Nenasi, dekat sini hari ini mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun padang untuk meninjau sendiri masalah tersebut.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau keadaan itu termasuk mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang Datuk Ir Shaharuddin Ibrahim tentang langkah mengatasi masalah itu.

Ketika ditemui pemberita selepas tinjauan itu, Shaharuddin berkata perdana menteri meminta projek menahan hakisan pantai dengan pembinaan benteng hakisan perlu dibuat segera dengan peruntukan RM5 juta yang diluluskan kerajaan.

“Kalau hendak ikutkan kawasan aktiviti ekonomi yang terjejas dengan hakisan pantai ini adalah sepanjang dua kilometer di Nenasi ini yang memerlukan kos RM25 juta untuk projek menahan hakisan ini.

“Namun perdana menteri meminta jabatan supaya melaksanakan dahulu projek yang sudah ada peruntukan dan akan mempertimbang peruntukan (lain) pada masa depan.

“Menerusi peruntukan RM5 juta ini, kita buat projek menangani masalah hakisan pantai ini untuk jarak sepanjang 600 meter dahulu yang melibatkan kawasan rumah penduduk sehingga ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kee Wha ini,” katanya.

Shaharuddin berkata bagaimanapun sebelum projek itu dilaksanakan, pihaknya perlu melakukan kajian menyeluruh dengan projek dijangka bermula Ogos tahun depan dan akan mengambil tempoh 10 bulan untuk siap.

Terdahulu, Najib turut meninjau keadaan di Kompleks dan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini. – BERNAMA

Tags: hakisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

30/08/2022
0

NILAI: Beberapa penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini menyifatkan kejadian hakisan tebing tanah yang berlaku semalam sehingga mengakibatkan...

RM2.5 Juta Tangani Hakisan Pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan

20/03/2022
0

MASJID TANAH : Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan bagi menyelamatkan pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan, dekat sini yang terjejas teruk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd