• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.

Beliau juga berkata Kerajaan Selangor mempunyai hak untuk membantah cadangan persempadanan semula itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan itu sementara menunggu pendengaran permohonan semakan semula kehakiman Kerajaan Selangor pada 20 Jan.

Azizul Azmi membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Dr Cyrus dan Datuk S.Ambiga yang mewakili Kerajaan Selangor dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan serta Azizan Md Arshad yang mewakili SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dan setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pagi ini, mahkamah itu membenarkan permohonan kebenaran oleh Kerajaan Selangor untuk mendapatkan semakan kehakiman dan menetapkan 20 Jan sebagai tarikh untuk mendengar merit permohonan semakan berkenaan.

Pada 19 Okt, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan kebenaran bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri di Selangor oleh SPR.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorMahkamah TinggiPersempadanan Semula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd