• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Buat Dan Jual Air Ketum

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat air ketum dan menjualnya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Markisah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis memeriksa rumah lelaki berusia 30-an itu pada 10.30 malam dan merampas 40 bungkusan air ketum.

“Pemeriksaan di bahagian dapur rumah lelaki itu, polis menemui satu bekas tong polystrene warna putih yang di dalamnya ada 18 bungkus air ketum dan satu bekas tong warna oren ada 22 bungkus air ketum,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari sindiket di Kedah sebelum memproses dan membungkusnya sebelum menjual di sekitar daerah SPT dengan harga RM6 sebungkus.

Katanya semasa serbuan terdapat enam lelaki berusia 20 hingga 40 tahun di rumah suspek dan pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan air ketum bersama mereka dipercayai baharu dibeli.

Nik Ros Azhan berkata lelaki yang tidak bekerja itu mampu mengaut keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menjual air ketum.

“Tujuh lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan tujuh penagih dadah termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kuala Mengkuang dan Guar Perahu di sini, semalam.

Katanya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Mengkuang itu, dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada pukul 12.30 tengah hari dan merampas dadah jenis syabu seberat 4.15 gram (g) dan heroin sebanyak 6.7g.

“Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Guar Perahu pada 1.45 tengah hari, seramai empat lelaki ditahan sedang menghisap dadah. Polis juga merampas syabu seberat seberat 0.24g,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada lelaki yang ditahan itu didapati melanggar syarat pengawasan dan semua tujuh penagih dadah berkenaan kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: air ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kelantan Rampas Pil Yaba, Air Ketum Bernilai RM180,010

Polis Kelantan Rampas Pil Yaba, Air Ketum Bernilai RM180,010

05/11/2022
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 18,000 biji pil yaba serta 0.3 liter air ketum dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM180,000,...

2 Lelaki Ditahan, Polis Rampas 110 Bungkus Air Ketum

2 Lelaki Ditahan, Polis Rampas 110 Bungkus Air Ketum

30/08/2022
0

Johor Bahru : Polis merampas 110 bungkus air ketum selain menahan dua lelaki pada serbuan di sebuah rumah di Kangkar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd