• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Rohingya Adalah Pencabulan Keamanan

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Krisis Rohingya yang menjadi perhatian dunia merupakan pencabulan keamanan yang tidak diingini Islam, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, perkembangan mutakhir krisis Rohingya dan penindasan umat Islam di Syria dan Palestin perlu ditangani secara bijaksana supaya Islam tidak dilabel sebagai menggalakkan keganasan.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, baginda bertitah demikian semasa mengadakan pertemuan dengan Imam Masjid An-Nabawi Sheikh Abdul Bari Ath-Thubaity di masjid berkenaan di Madinah malam tadi.

Titah baginda, Islam mengajar umatnya menguruskan perbezaan dan pertelingkahan dengan merujuk kepada Al Quran dan Sunah yang pastinya akan membawa jalan kebaikan dan sejajar dengan Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi Ketua Unit Kutipan Dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee tiba di Madinah malam tadi sebelum menunaikan umrah di Makkah.

Titah baginda, krisis yang membabitkan penindasan umat Islam perlu ditangani secara bijak supaya Islam tidak terus dikaitkan dengan keganasan dan umatnya sebagai militan.

Turut mengiringi baginda menunaikan Umrah ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda-anakanda baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd