• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemusnahan Di Aleppo Tindakan Kejam – Zahid

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat dunia perlu senada mengutuk kemusnahan di Aleppo, Syria yang disifatkan sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil langkah drastik bagi memastikan rakyat Syria di Aleppo diberi keutamaan.

“Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-71 lalu, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan beberapa resolusi tapi kita tidak mahu ia hanya dijadikan sandaran untuk menghalalkan tindakan agresif dua kuasa besar.

“Apa yang berlaku di Aleppo adalah di luar perikemanusiaan, walaupun ada yang kata itu kejayaan menghapuskan pihak pemberontak tapi kita lihat banyak bangunan ranap dan nyawa terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2016 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan membatalkan perjanjian dengan pembekal sistem biometrik di pintu masuk negara sekiranya pihak terbabit gagal memberi perkhidmatan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dalam soal itu kerana perkhidmatan terbaik harus diberikan kepada rakyat.

“Walaupun Jabatan Imigresen menyedari perkara ini dan berusaha memperbaikinya, kita sudah sampai ke tahap ‘ditolak ke dinding’ dan tidak boleh terima perkhidmatan oleh pihak vendor berkenaan. “Berhubung tempoh, kita akan lihat perjanjian yang ditandatangani.

Saya tidak fikir kita boleh lanjutkan tempoh untuk mereka memperbaikinya kerana yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat termasuk pelancong asing,” katanya. – Berita Harian

Tags: Aleppo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mapim Seru Salurkan Bantuan Segera Ke Aleppo

26/12/2016
0

SEPANG - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa...

‘Kanak-Kanak Syria Wira Sebenar’ – Ronaldo

25/12/2016
0

BINTANG bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan moral terhadap mangsa korban perang saudara di Syria, khususnya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd