• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mapim Seru Salurkan Bantuan Segera Ke Aleppo

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa krisis di Aleppo, Syria.

Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim berkata situasi kemanusiaan sangat genting di wilayah tersebut pada masa ini dengan jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang dan amat memerlukan bantuan makanan serta perubatan.

“Kami menguar-uarkan bantuan sumbangan dihulurkan untuk mangsa konflik di negara melalui akaun Maybank 5628 3463 6987 atas nama Syria Emergency Appeal Dana Mapim,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Syria di sini hari ini.

“Dalam masa lima hari tabung derma untuk misi bantuan kecemasan Rescue Syria yang dilancarkan di media sosial sebelum ini berjaya mengutip sejumlah RM500,000,” katanya.

Sani yang mengetuai misi menghantar bantuan ke Aleppo bersama tiga yang lain berkata jumlah bantuan yang terkumpul itu bagaimanapun masih jauh daripada sasaran iaitu sebanyak RM2 juta.

“Namun kita tidak mampu menunggu hingga sasaran tersebut dapat dikumpul memandangkan keadaan yang sangat genting di sana.

“Oleh itu kumpulan pertama ini yang diketuai saya sendiri akan berangkat dahulu ke Syria dan berada di sana selama 10 hari untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan termasuk rancangan pembinaan 1,000 buah khemah untuk pelarian bernilai RM50,000,” katanya.

Sani berkata mereka akan turut mendapatkan bekalan perubatan dari Turki dan membeli makanan daripada petani di kawasan Syria yang tidak terjejas.

“Selain itu, rakyat tempatan juga akan menghadapi keadaan yang lebih sukar dengan kehadiran musim sejuk dan kita juga akan menghantar 3,000 selimut dan baju sejuk untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan adalah misi kali ketujuh dilaksanakan Mapim sejak tercetusnya konflik di Syria.

Jelasnya rombongan yang kedua dijangka berlepas pada 15 Jan tahun depan dengan disertai 10 anggota Mapim. – BERNAMA

Tags: Aleppo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kanak-Kanak Syria Wira Sebenar’ – Ronaldo

25/12/2016
0

BINTANG bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan moral terhadap mangsa korban perang saudara di Syria, khususnya di...

Rusia Masuki Aleppo: Syria Kini Aghanistan Kedua

24/12/2016
0

INILAH licik permainan kuasa besar. Setelah Revolusi Jasmin tajaan Barat gagal di Syria - Rusia kini mencuri peluang memintas masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd