KUALA LUMPUR – “Saya bukan tak sokong gaji (pemain bola sepak) mahal,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar musa.
Beliau berkata, tegurannya mengenai isu gaji dan dana pasukan sebelum ini menjurus kepada aspek bayaran perpindahan permain dan siaran langsung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dakwa beliau, setiap pasukan di negara ini tidak mendapat sebarang bayaran daripada perpindahan pemain dan siaran langsung daripada FAM.
“Saya kata dakam konteks Liga Malaysia, pasukan hanya terima RM300,000 daripada FAM. Perpindahan permain kelab tidak dapat satu sen. Dalam `live telecast’ tapi pasukan tidak dibayar. Dalam wang tajaan liga entah kemana,” dakwanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Annuar turut menjelaskan, kenyataannya baru-baru ini turut merujuk kepada isu harga tiket yang masih rendah sedangkan cuma 22 perlawanan berlangsung dalam setahun.
Beliau turut mendakwa mempersoalkan tentang sekatan hak tajaan dalam pelbagai bidang yang dimonopoli badan induk (FAM) menjadikan sumber pendapatan pasukan sangat terhad.
“Jika perkara ini diperbaiki mungkin industri bola menjadi lebih `viable’ dan keupayaan membayar gaji turut meningkat,” katanya.
Mynewshub.cc sebelum ini melaporkan Annuar menyalahkan sikap ramai pemain bola sepak menuntut gaji tinggi menyebabkan banyak persatuan bola sepak tempatan mengalami masalah kekurangan dana. – mynewshub.cc

