• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sengaja Tumpah Air, Wanita Diserang Lelaki

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU pergaduhan tercetus di sebuah pasar raya gara-gara seorang lelaki berang apabila seorang wanita tidak sengaja menumpahkan air ke atasnya dan terpaksa menunggu selama 20 minit untuk membuat bayaran di kaunter.

Metro UK melaporkan kejadian itu berlaku di Poplar Plaza Kroger, Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat.

Pelanggan wanita yang dikenali sebagai Megan Wilson merupakan seorang pengumpul kupon tegar manakala individu lelaki itu pula tidak didedahkan identitinya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV yang dikongsi, Megan secara tidak sengaja menumpahkan air ke arah pelanggan lelaki itu ketika dia hendak meninggalkan kaunter bayaran.

Tak Sengaja Tumpah Air, Wanita Diserang Lelaki

Individu berkenaan bertindak menyerang Megan dengan menghentak kepalanya pada troli pasar raya tersebut.

“Apabila saya berpaling untuk meninggalkan kaunter itu, saya tertumpahkan air ke atasnya.

“Dan saya berkata ‘maafkan saya’ lalu menolak troli untuk beredar sebelum lelaki itu secara tiba-tiba memegang belakang kepala saya dan menghentakkannya ke troli tersebut,” jelas Megan.

Tambah Megan lagi, lelaki itu menggelarnya ‘penagih dadah’ setelah melihatnya membayar barangan yang dibeli menggunakan kupon sambil berkata dengan nada suara yang tinggi: ” Tolong cepat sikit, tiada masa untuk semua ini.”

Menurut pihak polis, Megan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan calar pada bahagian muka namun enggan mendapatkan rawatan.

Salah seorang anggota polis itu memberitahu pihaknya berharap dapat mengesan segera suspek yang berlalu meninggalkan tempat kejadian dengan memandu sebuah trak Ford F-150. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BERANGdiserangpasar raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’

Isu Sejadah Mini Dianggap Alas Kaki: Pasar Raya, Pembekal Perlu Disiasat Kerana Cuai

14/04/2024
0

JOHOR BAHRU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat kecuaian sebuah pasar raya di Batu Pahat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd