• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1.5j Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.

Menurutnya, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.

“Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai insentif diskaun yang ditawarkan dalam Bajet 2017 dan jumlah terkini pinjaman yang diberikan PTPTN.

Yap berkata PTPTN telah memberi pinjaman kepada 2.6 juta peminjam sehingga mereka tamat belajar melibatkan peruntukan berjumlah RM59.67 bilion sehingga November lepas.

“Bagi tempoh sama juga, PTPTN menerima bayaran balik sejumlah RM10.07 bilion daripada 1.2 juta peminjam berbanding RM18.84 bilion yang sepatutnya dikutip daripada 1.9 juta peminjam,” katanya. – BERNAMA

Tags: CCRISPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd