• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Perlu Patuhi Undang-Undang GST – Kastam

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan pengusaha syarikat agar mematuhi perundangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tidak terlibat dengan perbuatan mentaksirkan cukai lebih rendah daripada sepatutnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk T. Subromaniam berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah dan mengenakan penalti sehingga 40 peratus sekiranya mengesan mana-mana syarikat yang tidak mematuhi undang-undang GST.

“JKDM memandang serius tindakan syarikat yang cuba mengelak untuk membuat pembayaran GST dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kami telah menggerakkan satu pasukan khas bagi melakukan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) bermula 1 Sept lalu untuk melakukan tinjauan dan penilaian dalam usaha memastikan semua syarikat yang berdaftar mematuhi perundangan GST,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Ops CBOS yang dilakukan di sekitar kawasan Seberang Perai di sini. Turut hadir Pengarah Bahagian GST JKDM Ahmad Maher Abdul Jalil dan Pengarah JKDM Pulau Pinang Datuk Mohd Rudzi Man.

Sementara itu, Subromaniam berkata sehingga 12 Dis lepas, sebanyak 17,381 syarikat telah dilawati untuk memastikan mereka mematuhi perundangan dan membuat pembayaran GST dengan tepat.

Katanya pihaknya juga merancang untuk meneruskan Ops CBOS pada tahun hadapan dengan sasaran membuat lawatan ke 200,000 permis daripada 420,000 syarikat yang berdaftar GST pada masa kini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk membuat lawatan terhadap pengusaha restoran berikutan industri berkenaan dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelbagai kes penyelewengan.

Katanya JKDM akan menggunakan pertimbangan sebaiknya dalam menaksir nilai GST yang perlu dibayar sekiranya mendapati penyata GST yang dikemukakan syarikat terbabit tidak lengkap atau terdapat elemen penyelewengan.

“Kami menjangkakan akan dapat mengutip lebih daripada RM1 bilion pada tahun ini dan akan terus komited dalam menguatkuasakan perundangan GST,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd