• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Biadap Didenda RM100 Tulis BABI Atas Kertas Saman

oleh AK-47
15/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH menulis perkataan BABI pada surat saman, seorang wanita berusia 53 tahun didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Media tempatan melaporkan, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Tan Yeoh Foong mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan dari Permas Jaya, Masai didakwa menggunakan perkataan BABI ditulis pada kertas saman yang diserahkan kepadanya bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir dan tertuduh diwakili Chuah Shyue Chien.

Wanita Biadap Didenda RM100 Tulis BABI Atas Kertas Saman

Dalam kejadian 8.50 malam Selasa lalu, ibu tunggal tersebut yang memandu kereta jenis Mercedes Benz ditahan anggota polis trafik kerana menghalang lalu lintas di Jalan Tun Razak, Johor Bahru .

Susulan kesalahan itu, dia disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar.

Namun, wanita tersebut bertindak biadap, menandatangani surat saman dengan perkataan Babi selain menengking anggota polis trafik tersebut.

Suspek juga menconteng kertas saman tersebut dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, angota trafik tersebut menegur perbuatan suspek namun ditengking dengan nada yang tinggi dan menyatakan namanya BABI.

“Wanita tersebut ditahan anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan,” katanya dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: babidendajohor bahrusaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berang Dicurangi, Cukur Rambut GF Sampai Botak

Next Post

MBS Kecam Pembunuhan Beramai-Ramai Di Aleppo

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

MBS Kecam Pembunuhan Beramai-Ramai Di Aleppo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd