Belumpun bermula konsert Mentor Legend, namun program itu dilihat sudah mula menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, peserta yang datang untuk ujibakat bukan calang-calang, hingga berani mempertikaikan kredibiliti dan bakat salah seorang mentor, Mas Idayu.
Melalui video yang mula mendapat perhatian ramai, individu bernama Erdy Sofian, 22, hadir ke ujibakat Mas Idayu yang bertempat di Sri Pentas.
http://www.youtube.com/watch?v=lW4yU1v64zM
Walau bagaimanapun, atas sebab kekurangan bakat menyanyi, individu tersebut tidak terpilih ke peringkat seterusnya. Mungkin ‘panas’ sebab Mas Idayu tidak memilihnya, dia mula memberi pelbagai alasan.
Pada mulanya, Mas Idayu menasihatinya agar belajar dan mencuba lagi pada musim hadapan, namun atas kedegilan individu tadi, situasi mula bertukar tegang sampaikan dia mempertikaikan bakat dan suara Mas Idayu sehingga terpilih menjadi Mentor!
Nak tahu apa jawapan Mas Idayu? Tengoklah video sampai habis.
Kalau diikutkan, apa yang Mas Idayu cakap memang ada benarnya. Kalau belum diterima pun sudah mula melawan, macam mana lah nak diajar dan ditegur, kan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

