• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki Bergelar Datuk Didakwa

oleh Ahmad Albab
14/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill Kayong pada 21 Jun lepas.

Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, didakwa bersama-sama pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub, Lie Chang Loon, 37, kerana bersubahat dengan pengawal kelab malam (bouncer) Mohamad Fitri Pauzi, 29, dalam pembunuhan itu.

Lee didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Jun 2016 kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket di persimpangan Jalan Kuala Baram.

Tiada pengakuan dicatatkan dan Lee dilihat menganggukkan kepala apabila jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Zuraini kemudian menetapkan 30 Disember untuk kes itu disebut semula berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzila Ishak.

Fadzila memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan masih menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177 A Kanun Tatacara Jenayah.

Sehingga kini, empat individu telahpun didakwa, termasuk Lee pada hari ini, atas pembunuhan Bill Kayong.

Tertuduh pertama Mohamad Fitri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, yang nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, manakala tertuduh lain didakwa bersubahat dan membunuh mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan.

Mohamad Fitri, Lie dan Chin mengaku tidak bersalah ketika mereka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Miri pada 25 Nov dan mahkamah menetapkan sembilan hari untuk perbicaraan bermula 3 Januari 2017. – BERNAMA

Tags: Bill Kayongpembunuhansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd