• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korek Pasir Di Tanjung Bungah Perlu Bagi Pastikan Aliran Sungai

oleh AK-47
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan kerja mengorek pasir dan melombong di Tanjung Bungah, di sini walaupun terdapat desakan untuk menghentikannya atas isu alam sekitar.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata kerja mengorek di Tanjung Bungah perlu bagi membersihkan muara sungai untuk memastikan aliran sungai yang lancar.

Katanya kerja mengorek pasir di tiga sungai di Tanjung Bungah adalah bagi membolehkan aliran yang lebih lancar kerana dihalang oleh pasir dan ia akan diteruskan untuk dua minggu lagi.

“Kami perlu membersihkan kawasan muara di Sungai Kelian, Sungai Emas dan Sungai dari semasa ke semasa untuk memastikan aliran air yang lancar serta mengurangkan pencemaran di kawasan itu.

“Pada masa sama, kita memerlukan pasir untuk projek memulihara pantai di Batu Ferringhi, jadi kita akan mengangkut pasir dari situ,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek pemuliharaan pantai Batu Ferringhi di sini hari ini.

Katanya kerja pemuliharaan pantai Tanjung Bungah akan bermula dan dijangka mengambil masa seminggu, sebaik kerja mengorek di situ selesai.

Minggu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan negeri menghentikan kerja mengorek pasir dan melombong di Tanjung Bungah yang dikatakan memusnahkan kawasan pantai di situ.

Sementara itu, jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Haslinda Mohd Hamran berkata projek pemuliharaan pantai dan sungai itu yang membabitkan kos RM10.85 juta, dijangka siap hujung bulan ini.

Katanya kerja-kerja pembetungan di muara di Sungai Batu Ferringhi dan Sungai Satu adalah untuk memastikan aliran air di sana lancar kerana sering tersekat oleh pasir yang dibawa ketika air pasang.

“Selain kerja pemuliharaan pantai untuk mengurangkan hakisan di kawasan itu, pembetungan di muara sungai tersebut akan dipanjangkan sejauh 120 meter ke laut manakala bahagian atasnya boleh digunakan sebagai jambatan untuk pelawat menyeberangi sungai,” katanya.

Beliau berkata projek itu juga merangkumi pemasangan paip yang akan digunakan untuk melepaskan sisa buangan dari loji Indah Water Konsortium (IWK) yang berdekatan. – BERNAMA

Tags: Chow Kon Yeow
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd