• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemegang Kad Perlu Tukar Kepada Terminal Guna Pin

oleh AK-47
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menggesa peruncit dan pemegang kad untuk menukar kepada terminal membolehkan penggunaan PIN dan kad secepat mungkin.

AIBIM dan ABM dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, ini kerana penggunaan PIN adalah lebih selamat, mudah dan cepat untuk membuat pembayaran berbanding menggunakan tanda tangan dan pembayaran kad tanpa PIN, yang tidak akan diterima di Malaysia tidak lama lagi.

Persatuan terbabit juga menggesa peruncit dengan terminal mereka untuk memasukkan PIN enam angka dengan selamat jika mereka menggunakan kad dan terminal yang boleh menggunakan PIN dan terminal itu meminta kemasukan PIN.

“Ramai peruncit mengabaikan PIN secara automatik apabila diberikan kad baru yang boleh menggunakan PIN, kemungkinan bagi mengelak menghulurkan pad PIN kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, peruncit yang mempunyai terminal boleh menggunakan PIN, juga digesa memaparkan logo PIN dan Bayaran di kaunter kedai dan pembayaran mereka.

Persatuan itu berkata, pelancaran PIN dan Bayaran di Malaysia telah mencapai jumlah yang kritikal dari segi jumlah kad yang boleh mengguna PIN diedarkan kepada pemegang kad serta jumlah terminal pada peruncit yang dinaik taraf untuk PIN.

“PIN and Bayaran kini boleh didapati di banyak peruncit di mana pemegang kad sering membeli-belah dan tidak terhad kepada pasar raya, pasar raya besar, pusat beli-belah dan farmasi,” katanya.

Menurutnya, persatuan itu dengan kerjasama penyedia pembayaran elektronik, Mastercard dan Visa giat mempromosi penggunan PIN di seluruh negara.

Ini sejajar dengan projek keseluruhan pasaran dipanggil “PIN and Pay” untuk mengubah cara pelanggan disahkan apabila menggunakan kad pembayaran mereka di terminal jualan domestik, tambahnya. – BERNAMA

Tags: ABMAIBIMkadperuncit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BAM, ABM Bakal Dipisahkan

24/04/2022
0

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melaksanakan penstrukturan semula menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM)....

Rezeki Peruncit Mencurah Ketika PKP

02/04/2020
0

KOTA BHARU - Bagaikan rezeki mencurah-curah bagi peruncit, Nurul Hakimah Hazman dari Kampung Cherang apabila beliau mampu menjual lebih 1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd