Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zahid Harap Keputusan Pemillihan...

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan yang akan dibuat...

Pengurusan Masjid Jangan Kedekut...

KUALA TERENGGANU - Pihak pengurusan masjid di seluruh negeri dinasihatkan supaya tidak kedekut...

Pindaan Akta Hasutan Dibuat...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua...

1,103 Positif Covid-19, 4...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 di Malaysia masih merekodkan empat angka dengan...

Rezeki Peruncit Mencurah Ketika PKP

KOTA BHARU – Bagaikan rezeki mencurah-curah bagi peruncit, Nurul Hakimah Hazman dari Kampung Cherang apabila beliau mampu menjual lebih 1,000 kg ikan dan makanan laut segar setiap hari.

Menurutnya, beliau baharu sahaja membuka kedai pada 17 Mac, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, dan terus terdetik hati untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dengan bayaran secara tunai bagi ikan, ayam, sotong, udang, sayur-sayuran, buah-buahan, beras, tong gas dan keperluan dapur.

“Cuma bekalan ikan dari Tok Bali, Pasir Puteh tiada pada musim ini, jadi saya mengambil alternatif turun jam 3 pagi ke Besut setiap hari bagi mengambil bekalan makanan laut segar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nurul Hakimah, 30, berkata usahanya sejak 15 hari lalu ternyata berhasil dan memberi kepuasan kepadanya apabila beliau menambah jumlah ejen penghantar daripada dua orang kepada empat orang sekarang.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara ikan yang mendapat permintaan tinggi ialah ‘ikan rakyat’ iaitu selayang, kembung, selar, cencaru dengan harga antara RM8 hingga RM10 sekilogram.

“Saya tidak menetapkan berapa kilogram mereka perlu tempah, tetapi saya mengenakan caj penghantaran mengikut jaraknya iaitu RM1.50 per kilometer (km) manakala RM2 per kilometer bagi jarak 10km hingga 20km termasuk di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Melor,” katanya.


Ibu kepada tiga anak itu berkata selain ikan rakyat, ikan besar seperti tenggiri, siakap, kerapu dan merah, malah sotong, udang serta telur sotong mendapat sambutan biarpun harganya agak tinggi daripada RM18 hingga RM40 sekilogram.

Selain mempromosi jualan dalam laman sosial Facebook, beliau mempunyai kumpulan WhatsApp bagi memudahkan tempahan, malah ada yang tinggal di perantauan dan menempah untuk ibu bapa mereka di kampung.

“Alhamdulillah rezeki berganda semasa PKP ini adalah pemberian daripada Allah, kami bersyukur kerana dapat membantu penduduk di bandar dan kampung,” katanya.

Kategori