• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummi Bertunang Dengan Doktor Pilihan Keluarga

oleh AK-47
12/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENYAP-senyap pelakon, Ummi Nazeera sudah selamat melangsungkan pertunangannya dengan lelaki pilihan keluarga dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya, petang semalam.

Jejaka yang bekerja sebagai doktor itu dikenali sebagai Mr.I; 29 tahun berjaya memikat hati Ummi selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu lelaki tersebut pada 29 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Ummi, 26, menjelaskan mereka tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini dan hanya mengenali Mr.I pada 31 Januari lalu melalui aplikasi WhatsApp.

“Dia menghantar pesanan untuk berkenalan dan kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon,” katanya.

Ummi Nazeera Bertunang Dengan Doktor Pilihan Keluarga

Jelasnya, selepas lebih sebulan setengah perkenalan, jejaka tersebut menyatakan hasrat untuk bertemu.

Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini tidak terus bersetuju sebaliknya meletakkan syarat kepada jejaka itu untuk bertemu dengan ibunya, Datuk Seri Maziah Musa terlebih dahulu sebelum berjumpa dengannya .

Kesungguhan dan keberanian Mr I menyahut syarat tersebut telah menambat hati Ummi dan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mampu menjadi ketua keluarga kepadanya.

“Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya dan atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya apatah lagi hubungan ini menerima restu daripada ibu saya. Itu yang paling penting dan bahagia buat saya,” jelasnya.

Ummi Nazeera Bertunang Dengan Doktor Pilihan Keluarga

Ummi berkata, Mr.I melamarnya untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing dan menghantar rombongan merisik dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

Pada majlis pertunangan yang berlangsung kira-kira jam 2.30 petang itu, pihak lelaki diwakili keluarganya menyerahkan lima dulang berbalas lima oleh pihak perempuan.

Pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktortunangUmmi Nazeera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd