• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Cetus Kekacauan, Gugat Kestabilan

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kelompok yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhenti melakukan perbuatan yang boleh mencetus kekacauan dan menggugat kestabilan dan keselamatan negara.

Sultan Selangor itu bertitah tindak-tanduk seumpama itu perlu dihentikan tanpa sebarang kompromi bagi memberi keyakinan rakyat, pelabur dari luar negara dan pelancong asing.

“Beta dapat lihat adanya kelompok yang berselindung di sebalik nama NGO yang cuba menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

“Adalah menjadi hasrat beta untuk melihat rakyat Selangor yang berbilang kaum ini terus menyemarakkan semangat setia kawan, bertolak ansur serta saling menghormati, khususnya dalam aspek perkauman, keagamaan dan ideologi politik,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Penganugerahan serta Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-71 Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Ia menyaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati.

Sultan Selangor turut menghargai atlet negara dengan menganugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 Muhammad Ziyad Zolkefli; bekas atlet boling Shalin Zulkifli; pelumba basikal Mohd Rizal Tisin; gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi; dan atlet terjun Chew Yiwei.

Dalam pada itu, Sultan Selangor menasihatkan barisan kepimpinan negeri mengambil iktibar daripada keruntuhan kerajaan di waktu silam kerana kepimpinan yang lemah akhlak, lemah iman dan amalan serta gagal membendung amalan rasuah.

Baginda khuatir bencana akan melanda Selangor jika nilai amanah dalam masyarakat semakin menurun, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan selain terlibat dengan penyelewengan dan amalan rasuah.

Sultan Selangor seterusnya bertitah isu sensitif berkaitan agama dan kepercayaan sesuatu kaum harus ditangani dengan bijaksana bagi mengelak salah faham serta menjejaskan keharmonian kaum. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd