• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Ke-70 Majlis Tanah Negara

oleh Ahmad Albab
18/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat ke-70 Majlis Tanah Negara (MTN) di bangunan Parlimen di sini.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah menteri-menteri kerajaan Persekutuan yang berkaitan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta semua menteri besar dan ketua menteri.

Mesyuarat itu, yang bermula pada 9.30 pagi, membincangkan empat kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman yang menyentuh mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, MTN bersetuju dengan kertas mengenai ‘Pengemaskinian Garis Panduan Perolehan Hartanah’ supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.

Garis panduan itu menguatkuasakan peningkatan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014.

Mesyuarat MTN hari ini juga bersetuju dengan ‘Kertas Cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2015’ supaya pihak berkuasa negeri menyemak semula kadar cukai tanah sebelum tamat tempoh 10 tahun bermula dari tarikh yang paling terdekat dari tarikh semakan sewa sebelumnya selaras dengan peruntukan Seksyen 101, Kanun Tanah Negara 1965.

‘Kertas Cadangan Mengenai Impak Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Semenanjung Malaysia’ turut dibincangkan pada mesyuarat itu.

MTN bersetuju dengan kertas cadangan itu yang menyatakan supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelak sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Satu lagi kertas pertimbangan yang dibincangkan ialah ‘Kertas Cadangan Berkenaan Impak Aktiviti Pembangunan Tanah Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Bagi Kawasan Hutan Paya Laut di Semenanjung Malaysia’.

Melalui perbincangan itu, MTN bersetuju supaya kawasan Hutan Paya Laut dalam Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan kawasan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan.

Sementara itu, tiga kertas makluman yang dibentangkan ialah mengenai penglibatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mekanisme REDD+ (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation in Developing Countries) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Mesyarat turut mengambil maklum mengenai keputusan Penilaian penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2013 dengan Pejabat Tanah Kulim, Kedah telah mendapat lima bintang.

Kertas makluman ketiga pula adalah mengenai ‘Kemajuan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah dan Prestasi Pendaftaran Pindah Milik Tanah Dalam Satu Hari di Pentadbiran Tanah Negeri’ sehingga bulan Ogos 2014. – BERNAMA

 

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd