• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek MRT Hasilkan Sepasukan Kontraktor Muda

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK), bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan muda tetapi juga menghasilkan sepasukan kontraktor muda.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT Datuk Najmuddin Abdullah, menerusi Program Usahawan Muda MRT (MYEP) yang dilancarkan pada 2013, sebanyak 14 graduan muda berjaya dilatih sebagai kontraktor dan memperoleh beberapa pakej kerja di bawah Laluan MRT SBK.

Mereka dianugerahkan pakej kontrak melibatkan kerja-kerja mengecat dan hiasan; saliran air; pembinaan melibatkan pagar, pintu pagar dan jalan; landskap dan perumputan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

MYEP merupakan program kerjasama antara MRT Corp, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menjadikan graduan Bumiputera muda yang tidak bekerja sebagai kontraktor berjaya.

Peserta terpilih perlu menjalani latihan intensif dan praktikal selama setahun yang mana mereka akan memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi usahawan dalam industri pembinaan.

Najmuddin berkata objektif program itu adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan berpotensi yang mempunyai latar belakang teknikal dalam usaha niaga berkaitan teknikal, meskipun diberi peluang untuk menceburi industri pembinaan.

“Ini adalah projek mega, jadi apabila mereka (kontraktor muda) terlibat, mereka menimba pengalaman dan pengetahuan, sekali gus meningkatkan diri mereka sebagai kontraktor mahir pada masa depan,” katanya.

Fasa pertama MRT Laluan 1 SBK dari Sungai Buloh ke Semantan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Dis ini dan dibuka kepada orang ramai pada 16 Dis. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd