• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan 11 Kelab Penyokong Selangor Tuntut FAS Dirombak

oleh AK-47
09/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyokong Red Giant mahu pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dirombak bagi menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu.

Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan) Mohd Faizal Wahid berkata rombakan berkenaan perlu dilakukan agar hanya anggota yang berwibawa dilantik mentadbir persatuan berkenaan.

“Kami gabungan 11 kelab penyokong Selangor juga memohon agar bola sepak tidak dipolitikkan orang yang berkepentingan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkaitan perkara berkenaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Presiden FAS di sini hari ini.

Memorandum berkenaan diterima wakil pejabat menteri besar, Shahril Said.

Selain menuntut rombakan dalam FAS, memorandum berkenaan juga menuntut agar kerajaan negeri memberi dana yang cukup agar pasukan Selangor dapat bersaing dalam Liga Super 2017.

Memorandum berkenaan juga menuntut individu yang telah terbukti kewibawaannya sahaja dilantik sebagai jurulatih dan pengurus pasukan.

FAS sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dana yang menyukarkan pasukan itu bagi menghadapi Liga Super akan datang berikutan Azmin dikatakan belum mengumumkan sebarang peruntukan kepada juara Piala Malaysia 33 kali itu. – BERNAMA

Tags: FAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

10/07/2023
0

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Singapura...

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

15/01/2022
0

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd