• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Selangor Sasar 3 Tahun Bebas Rasuah Sektor Kritikal

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menetapkan sasaran untuk memastikan sektor kritikal di negeri ini bebas daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Beliau berkata sektor kritikal yang dimaksudkan itu merangkumi agensi perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

“Ini merupakan strategi baharu SPRM yang direncanakan sejak Ogos lalu. SPRM akan memastikan sektor kritikal khususnya badan penguatkuasaan, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, GLC, sektor swasta serta institusi kewangan dan perbankan bersih dan bebas daripada amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program ‘Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016’ peringkat Selangor di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata untuk itu pihaknya akan mempergiatkan pelaksanaan operasi, penguatkuasaan serta penganjuran aktiviti pendidikan kepada masyarakat sebagai langkah bersepadu menghapuskan gejala rasuah.

Wan Ramli berkata bagi memastikan sasaran ini tercapai, fokus dan penekanan turut diberikan kepada pendekatan tindakan merampas semua harta dan hasil rasuah.

“Hal ini perlu bagi memastikan hasil rasuah atau ‘proceeds of corruption’ ini dapat dikembalikan semula sebagai hasil negara dan secara tidak langsung akan melumpuhkan punca kepada berlakunya perilaku jenayah rasuah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya masyarakat terus memberikan sokongan dan berganding bahu bersama SPRM dalam memerangi rasuah.

“Kami mahu SPRM menjadi agensi yang digeruni perasuah, namun pada masa sama mesra rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ramli Wan AbdullahrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd