• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Hulur Sumbangan Untuk Rohingya & Bumi Aceh

oleh AK-47
09/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ribuan umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid utama kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menghulurkan sumbangan kepada masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dan mangsa gempa bumi Aceh di Indonesia menerusi satu tabung khas.

Masjid utama di bawah kelolaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan kutipan sumbangan sebagai tanda simpati terhadap etnik Rohingya.

Tabung khas itu juga sebagai tanda simpati terhadap kejadian gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter di Pidie Jaya Aceh, Indonesia yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan ratusan mangsa.

Di Masjid Putra di sini, sebanyak 10 tabung disediakan di sekitar perkarangan masjid berkenaan untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sumbangan.

Imam Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat ketika menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Rasulullah SAW: Pengikat Ukhuwah Penyatu Ummah menyaran umat Islam di negara ini menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung Rohingya dan mangsa gempa bumi Aceh.

“Atas dasar persaudaraan, mimbar ingin menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas ujian dan musibah yang menimpa saudara kita di Myanmar yang ditindas dan juga saudara kita di Aceh yang mengalami gempa bumi baru-baru ini,” katanya.

Turut bersolat Jumaat di Masjid Putra itu ialah Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BERNAMA

Tags: Acehmangsa gempaRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd