• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Ketamin Terbesar, Bongkar Makmal Di Bukit Jalil

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membongkar satu makmal memproses dadah di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini serta merampas ketamin seberat 210 kilogram iaitu rampasan terbesar dadah jenis itu tahun ini.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM15.5 juta serta menahan tiga lelaki berusia antara 33 dan 37 tahun dalam serbuan di dua pangsapuri bermula 9.30 malam Ahad lepas hingga 4 pagi Isnin.

Turut dirampas tiga kenderaan milik ketiga-tiga suspek iaitu Toyota Estima, Toyota Mark dan Proton Gen 2 serta wang tunai sebanyak RM1,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang enggan memberikan nilai ketamin itu berkata ini adalah rampasan ketamin terbesar tahun ini.

Menurutnya, ketamin itu dipercayai diseludup dari China untuk pasaran tempatan.

“Kesemua rampasan dadah itu termasuk ketamin mampu menampung kira-kira 540,000 penagih berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Kesemua suspek direman seminggu sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ditanya mengenai dadah yang kerap diguna penagih dan mendapat sambutan tinggi di negara ini, Mohd Mokhtar berkata kebanyakan penagih gemar mengambil syabu (47 peratus), heroin (30 peratus), pil kuda (12 peratus), ganja dan pil ekstasi masing-masing lima peratus dan ketamin satu peratus.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM211.98 juta berjaya dirampas untuk tempoh awal Januari tahun ini sehingga Ahad lepas.

Katanya sebanyak 189,190 orang termasuk 7,508 warga asing ditahan berkaitan kes dadah dalam tempoh yang sama. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd