• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

oleh AK-47
08/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki menyifatkan pembukaan restorannya di Great Eastern Mall, Ampang sebagai satu pusat sehenti aktiviti seni khususnya untuk pelawak baharu menonjolkan bakat mereka.

Menurutnya, selain menjamu hidangan, pelanggannya juga dapat berhibur dengan persembahan seni daripada penghibur tempatan terutama buat mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi
Afdlin Shauki

“Comedy Planet merupakan sebuah restoran yang selain dari mempersembahkan makanan yang hebat dan pelik, juga menghidangkan persembahan komedi dari pelawak-pelawak terhebat di Malaysia dan juga pelawak bertaraf antarabangsa.

“Pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti ‘stand up comedy’, persembahan puisi, improvisasi, komedi spontan dan tazkirah yang akan dibarisi selebriti ternama di Malaysia selain pendatang baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Comedy Planet, semalam.

Sementara itu, ketika bercakap mengenai hidangan menu di situ, Afdlin; 44, berkata, restorannya yang berslogan, ‘komedi menjilat jari’ menawarkan makanan Fusion Melayu dan Barat dengan pilihan nama menu yang cukup unik selari dengan konsep komedi yang cuba diketengahkannya.

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

“Antara menu yang terdapat di restoran saya antaranya, Sup Tulang Merah Tanda Berhenti yang merupakan hidangan mesti cuba di sini, Gado-Gado Balik Rumah, Silence of the Lamb Shoulder, Air Kera Di Hutan Disusukan, Air Pak Leman Kesejukan di Kebun Teh dan Dessert Serabai Mabai Terabai K-Bye,” ujarnya lagi.

Comedy Planet yang diusahakan Afdlin bersama seorang rakan kongsi itu mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.

Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut ialah Johan, Adibah Nor, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ako Mustapha, Rahim Sepahtu, Joey dan sutradara terkenal, Othman Hafsham. – MYNEWSHUB.CC

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

Tags: Afdlin ShaukimyArtispelakonPerniagaanrestoranselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd