• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Penumpang MH370 Terpaksa Bernikah Di Negara Jiran

oleh AK-47
19/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ekoran status penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga kini belum diketahui masih hidup ataupun mati, suami seorang daripada penumpang terpaksa bernikah di negara jiran sebelum mendaftarkan perkahwinan baharunya di Malaysia.

Pasangan berkenaan juga dikhuatiri berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mengamalkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama, sedangkan status isteri tersebut tidak diketahui sama ada masih hidup atau sebaliknya.

Memetik laporan Mstar Online, satu sumber berkata suami berkenaan sebelumnya sudah pun memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah, awal bulan ini.

BACA – Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Status MH370

Lelaki itu yang juga bapa kepada empat anak itu bagaimanapun menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran daripada isteri pertamanya untuk bernikah kali kedua.

“Sijil kematian isterinya tidak boleh dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara. Oleh itu pasangan itu ke Songkhla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami,” dakwa sumber tersebut.

Lelaki itu dikatakan mengahwini wanita berasal dari Muar, Johor dan bertugas di Kuala Lumpur.

Majlis pasangan berkenaan diadakan secara kecil-kecilkan di sebuah homestay di Langat pada bulan lepas.

Insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur sebelum hilang dari pengesanan radar, berlaku pada awal pagi 8 Mac lepas.

Hasil siasatan antarabangsa menunjukkan kedudukan terakhir pesawat adalah di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia namun tiada sebarang bukti nyata menyokong teori sampai ke hari ini.

Susulan itu Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid meminta mufti dan pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat tersebut, baru-baru ini.

Menurut beliau, fatwa itu amat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak timbul kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga dan waris mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: kahwinMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd