• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faktor Kesihatan Punca Penjawat Awam Bersara Awal

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.

Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi bidang perniagaan, mendapat tawaran pekerjaan lain, tidak mampu menampung bebanan tugas yang ada dan ingin memberi fokus kepada keluarga.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai bilangan dan punca penjawat awam memilih untuk bersara awal bagi tempoh 10 tahun serta implikasi kelancaran kepada mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bilangan permohonan bersara awal yang tinggi itu tidak memberi implikasi kepada kelancaran dan mutu perkhidmatan awam di negara ini.

“Ini kerana jawatan yang ditinggalkan oleh pesara akan diisi dengan kenaikan pangkat pegawai sedia ada atau melalui pelantikan baharu,” katanya pada Persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 1,464,702 jawatan dalam perkhidmatan awam dan daripada jumlah itu hanya 1,264,842 telah diisi, sehingga Oktober lepas. – BERNAMA

Tags: BersarakesihatanPenjawat AwamPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd