• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80% Graduan Politeknik Mendapat Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kira-kira 80 peratus lulusan politeknik akan mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian mereka, kata Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pendidikan Politeknik, Dr Mohammad Naim Yaakub.

Beliau berkata pencapaian itu berdasarkan pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh politeknik sesuai dengan kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan dalam negara.

“Pelajar politeknik harus bersyukur kerana mereka berpeluang mengikuti pengajian dalam bidang latihan dan pendidikan teknikal serta vokasional (TVET) mengikut bidang kemahiran tertentu yang merupakan aspek penting untuk pemilihan di sektor pekerjaan.

“Justeru pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka agar setelah tamat pengajian kelak mereka mempunyai nilai tambah berbanding graduan lain termasuk dari segi rohani, jasmani dan intelek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Penutupan Minggu Haluan Siswa Sesi Disember 2016 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis yang turut dihadiri Pengarah PTSS, Dr Mohd Zahari Ismail di sini hari ini.

Selain itu, katanya, menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa yang harus dipelihara agar menjadi insan yang syumul.

Mohammad Naim berkata politeknik juga membuka peluang kepada orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan pengajian dalam Sijil Kemahiran Hotel dan Katering bagi menjamin masa depan mereka.

Sementara itu, Mohd Zahari dalam ucapan alu-aluannya berkata 450 pelajar baharu telah mendaftar bagi pengambilan kemasukan Sesi Disember 2016 di PTSS Perlis.

Program Minggu Haluan Siswa mendedahkan pelajar tentang disiplin, kaunseling, pengurusan dan peraturan asrama, dasar-dasar negara, aktiviti kelab serta persatuan pelajar dan kesukarelawan. – BERNAMA

Tags: graduanpekerjaanPoliteknik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd