• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,347 Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Alor Gajah, Jasin

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 1,347 rumah dan 51 kedai/pejabat akan dibina dalam dua projek Rumah Mampu Milik (RMM) melibatkan kos kira-kira RM217.4 juta di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek yang dibangunkan syarikat Wawasan Intact Properties Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka itu bertujuan memastikan penduduk berpeluang memiliki rumah sendiri termasuk penjawat awam.

Beliau berkata projek pertama yang akan dibangunkan melibatkan pembinaan 129 RMM Taman Desa Idaman atau dikenali sebagai Rumah Penjawat Awam Melaka di tanah seluas 4.05 hektar dengan kos kira-kira RM23.2 juta di Durian Tunggal, Alor Gajah di sini.

“Setiap rumah ini dibina dengan keluasan 28 x 50 kaki dan akan dijual pada harga RM180,000 seunit.

“Penjawat awam di negeri ini akan diberi keutamaan untuk memiliki rumah ini dan ia dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian projek berkenaan bersama Lembaga Perumahan Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Saleh Md Dom dan Pengarah Wawasan Intact Properties, Datuk Ng Choon Cheng serta Ng Choon Koon.

Perjanjian tersebut ditandatangani Saleh yang mewakili Lembaga Perumahan Melaka manakala Wawasan Intact Properties diwakili kedua-dua pengarahnya.

Beliau berkata projek kedua pula akan melibatkan pembinaan 1,218 RMM dan 51 kedai/pejabat di tanah seluas 35.46 hektar dengan kos kira-kira RM194.2 juta di Merlimau, Jasin.

“RMM ini akan dijual pada harga RM150,000 seunit manakala kedai pejabat pula pada harga RM225,000 dan ia dijangka dibangunkan dalam dua fasa,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua projek itu akan memacu kemajuan dan merancakkan pelbagai pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Idris Haronrumah mampu milik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

08/04/2022
0

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu...

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd