• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 1 Lemas Mandi Sungai Bersama Rakan

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 lemas ketika mandi sungai bersama rakan-rakannya di Sungai Nibong, Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa, Mohd Irfan Nor Hakim didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam semalam, setelah keluar untuk mandi-manda di kuala Sungai Nibong bersama empat orang rakannya.

“Bapa mangsa, Nor Hakim Hashim kemudiannya bersama jiran pergi ke sungai berkenaan dan menjumpai basikal serta pakaian yang dipakai anaknya berada di tebing sungai tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Wahib, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada pukul 12.36 tengah malam, setelah mangsa dipercayai lemas.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid Ahmad Aini Syukri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

“Saya bersama enam orang anggota kita ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 1.23 pagi dan terus melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat. Bagaimanapun, pencarian agak sukar berikutan keadaan air pasang dan gelap,” kata beliau dalam satu kenyataan berasingan.

Mayat mangsa hanya ditemui pada pukul 8.05 pagi tadi, kira-kira 200 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang pada ketika air sungai mulai surut, kata Ahmad Aini.

Abdul Wahib berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Kes diklasikasikan sebagai kes mati lemas.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak agar tidak turun mandi manda di waktu ini kerana arus sungai ke laut yang deras pada masa itu adalah cukup berbahaya. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd