• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Pengantara Tambahan 3 Hari Terakhir MAHA 2016

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Bas pengantara akan ditambah bagi menghadapi pertambahan pengunjung pada tiga hari terakhir Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pelan kontingensi itu dirancang bagi mengurangkan masa menunggu pengunjung untuk melawat MAHA 2016.

“Kehadiran orang ramai terutama pada hujung minggu agak luar biasa. Sudah tentu, hal-hal berkaitan logistik ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Syarikat Jefi Aquatech Resources Sdn Bhd (JEFI) dan China ASEAN Marine Product Exchange (CAMPE).

MAHA 2016, yang merupakan ekspo pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di MAEPS sejak 1 Dis hingga 11 Dis ini dengan tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’.

MAHA 2016 merekodkan 560,000 pengunjung pada Ahad lepas, jumlah pelawat harian tertinggi dicatatkan sejak acara bermula.

Ahmad Shabery berkata beliau juga telah berbincang dengan pihak berkuasa untuk mencari jalan menyuraikan kesesakan pengunjung.

“Saya juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemandu bas dan tram dua hari lalu agar sentiasa bersabar, bersopan santun dan tidak menunjukkan rasa penat kepada pengunjung,” katanya. – BERNAMA

Tags: MAHA 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHA 2016 Beri Nafas Baharu Bidang Pertanian Negara

16/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, yang berakhir Ahad lepas, dilihat berjaya membuka...

Perak Menang Pavilion Terbaik MAHA 2016

12/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd