• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga KKMM Perlu Siap Siaga Bantu Rakyat Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membuat persiapan rapi dalam membantu rakyat menghadapi bencana alam seperti banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana KKMM akan dilihat sebagai barisan hadapan yang penting untuk menyelesaikan masalah bencana alam secara efektif dan berkesan.

Untuk itu, katanya, warga kementerian perlu meningkatkan jambatan kerjasama antara jabatan, bahagian dan agensi lain berkaitan yang sudah pasti akan memberi manfaat serta kelebihan pada masa hadapan.

“Kadangkala kita terikat dengan arahan daripada pihak atasan. Namun, setiap seorang daripada kita perlu mengambil peranan sebagai pemimpin untuk menyelesaikan masalah.

“Oleh itu, kita (warga KKMM) perlu memposisikan diri dalam barisan kepimpinan agar lebih memberi impak kepada orang yang dibantu,” katanya ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan kementerian di Angkasapuri di sini hari ini.

Tambah beliau, sifat kepimpinan itu perlu dilengkapi dengan kepakaran dan kebolehan tertentu untuk memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah secara berkesan.

“Waktu bencana akan memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah serta mempamerkan sikap kepimpinan dalam menguruskan keperluan mangsa atau menaikkan nama Malaysia di mata dunia,” katanya.

Sebagai contoh, Ahmad Shabery memuji pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh yang mengendalikan sidang media khas tragedi pesawat MH370 dan MH17 secara profesional dan berjaya mengawal situasi tegang berikutan soalan-soalan provokasi yang dikemukakan media asing.

“Wartawan antarabangsa datang untuk mencari sedikit kesalahan dan berniat untuk menjatuhkan nama baik Malaysia agar dapat dilabelkan sebagai sebuah negara yang tidak cekap.

“Peranan Jagjit perlu dipuji dan boleh dijadikan ikon kementerian kerana kecekapan beliau dalam mengendalikan sidang media itu, sehinggakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkakan Jagjit merupakan konsultan daripada syarikat luar,” jelas beliau.

Pada perhimpunan itu, Ahmad Shabery turut meraikan sambutan hari lahir warga KKMM dan agensi di bawahnya.

Turut hadir Timbalan Menteri KKMM Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd